bersama rakan ting 6 |
namun itu bukanlah yang terbaik dalam hidup aku. ku cemburu melihat kawan-kawan menjejak menara gading dan matrikulasi. ku cuba mengejar dengan mendaftarkan diri ke tingkatan 6 SMK agama kota kinabalu. zaman remaja penuh aku mula berwarna warni. seronok tapi tetap tak tenggelam. akhirnya aku berjaya mendapatkan result yang membanggakan.
lancar jari jemari aku menekan keypad PC di sebuah kedai cyber mengisi borang UPU. alhamdulillah permohonan aku berjaya. 28 julai aku pertama kali meninggalkan tanah sabah melangkau laut cina selatan mendarat di lapangan terbang LCCT.
dan kini aku di tahun terakhir di Universiti Kebangsaan Malaysia....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan