Sabtu, 23 Oktober 2010

tentang diri & keluarga

namaku hazmin. nama ayahku samlan dan ibuku arah. adik beradik aku ada lima orang. dua kakak dan dua abg. aku? semestinya anak ke lima bongsu. tapi tu zaman budak. sekarang asyik berjauhan dengan keluarga mengajar untuk aku berdikari, sehinggalah aku menjadi orang yang berguna. itu sahaja maklumat tentang diri. sebarang perbincangan lanjut tentang maklumat adalah rahsia kerajaan. because we are army officer. bila2 masa pemberontak boleh serang rumah aku.

pendidikan ku

sekolah pertama ku bernama sekolah rendah kebangsaan kulambai kota belud sabah. enam tahun aku berkecipung dunia kebudak budakan. hinggalah aku berjaya menjejak kakai ke sekolah menengah kebangsaan agama tun said kota belud. hidup aku mula berubah. fikiran semakin menjadi matang. walaupun masih baru, selama 5 tahun aku bergelar remaja awal sehinggalah aku menamatkan pengajian aku selepas menduduki SPM 2004.


 

bersama rakan ting 6

namun itu bukanlah yang terbaik dalam hidup aku. ku cemburu melihat kawan-kawan menjejak menara gading dan matrikulasi. ku cuba mengejar dengan mendaftarkan diri ke tingkatan 6 SMK agama kota kinabalu. zaman remaja penuh aku mula berwarna warni. seronok tapi tetap tak tenggelam. akhirnya aku berjaya mendapatkan result yang membanggakan.

lancar jari jemari aku menekan keypad PC di sebuah kedai cyber mengisi borang UPU. alhamdulillah permohonan aku berjaya. 28 julai aku pertama kali meninggalkan tanah sabah melangkau laut cina selatan mendarat di lapangan terbang LCCT.


dan kini aku di tahun terakhir di Universiti Kebangsaan Malaysia....




Majlis Koktail pegawai kadet inter


majlis jamuan alah western. memang satu tradisi budak-budak palapes di ajar pergaulan dan komunikasi semasa di dalam majlis seperti ini. suatu aset dan pengalaman yang amat berguna sekali! dalam majlis ni minum dan makan sumer berdiri. memang tak dak kerusi langsung ar, hehe. di adakan di hotel dpalma kuala lumpur. kami yang aturkan majlis  dan kami juga tetamu majlis dan beberapa vip lain. secara tak langsung itu bukan semata-mata majlis, tapi medium untuk kami belajar dan praktikal untuk persediaan sebagai individu yang bergelar pegawai tentera. suasana seperti ini akan lebih kerap kami lalui apabila bergelar pegawai muda nanti dan melapor di markas berdekatan dengan tempat tinggal atau belajar.

majlis santapan rejimental pegawai muda bersama tuanku censelor UKM


barisan pegawai muda
santapan bersama tuanku censelor suatu penghormatan dan meraikan pegawai-pegawai muda yang baru ditauliahkan. suatu pengalaman yang orang lain takkan dapat dengan begitu mudah.

pentauliahan diraja kadet palapes IPTA

pada hari bersejarah tersebut, aku ditabalkan sebagai pegawai tentera secara rasmi berpangkat leftenanmuda. kemegahan diringi dengan bebanan tanggungjawab yang besar. namun kegembiraan tetap rasa di hati. setelah 3 tahun mengharungi kesengsaraan yang mana orang awam takkan pernah faham akan apa yang kami lalui. mereka hanya tahu menuding jari dan bercakap-cakap tentang keburukan organisasi ini.